Khamis, 31 Mac 2016

Lirik lagu

LIRIK RABANI

Assalamualaikum

Assalamualaikum
salam sejahtera Kepada anda semua
moga bahagia Di hari yang indah lagi mulia

Di pertemuan ini jalinkan kasih sayang
Rapatkanlah ukhuwah ikatan iman

Amalkan sifat terpuji dalam pergaulan
Selawat dan salam untuk rasul junjungan tercinta

Semoga bersama mendapat rahmat dari illahi

Sollalahu rabbuna eala nuril mubin
Ahmadal musthafa saiyidil mursalin
Wa eala alihi wasohbihi ajmaiin.

Bidadari

Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Simpuhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini
Dengan kemesraan

Walau kesederhanaan Yang mampu kuhulurkan
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu kususun rapi
Agar dirimu dapat kuhargai
Sebagai bidadari

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan tatahkan hatimu
Dengan sinar iman
Akan kuhiasi jiwamu
Dengan kewajipan
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku
Dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan